Jenazah Muhammad Akmal selamat disemandikan

Jenazah Muhammad Akmal selamat disemandikan


MUAR – Jenazah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20, yang maut dalam kemalangan di hadapan kampus universiti itu malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Baru, Muar pukul 5.20 petang tadi.

Sebelum itu, van jenazah membawa Allahyarham dari Pusat Hidayah UiTM Dungun pukul 11 pagi tiba di rumahnya di Kampung Parit Baru di sini pukul 4.17 petang.

UiTM berdukacita kematian tiga pelajar dalam nahas depan kampus

Kepulangan jenazah Allahyarham bersama-sama ibu bapanya, Md Tukirin Saringat, 60, dan Rafeah Buang, 50, disambut pilu kira-kira 150 ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan Allahyarham yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham disembahyang sekali lagi di rumahnya selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Dalam kejadian 7.20 malam Rabu, Muhammad Akhmal bersama dua lagi penuntut UiTM Dungun maut selepas dua motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun.- MalaysiaGazette

3 pelajar UiTM maut, seorang parah dirempuh SUV



Source link

OR

Scroll to Top