am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui mati dibunuh dengan kepala terpisah dari badan di Kampung Belau, Merbok di sini, kelmarin selamat dikebumikan malam ini.
Jenazah Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53 disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Atiq, Merbok dengan dihadiri kira-kira 300 orang.
Sebelum itu, jenazah pasangan berkenaan dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas selesai bedah siasat pada 5.25 petang ke Masjid Al Atiq untuk disembahyangkan.
Sebelum ini media melaporkan suami pasangan itu ditemukan maut selepas polis menerima aduan penduduk yang terhidu bau busuk dan tidak melihat mereka keluar rumah selama tiga hari.
Turut ditemukan maut adalah anak lelaki pasangan itu yang berusia 29 tahun.
Berita Berkaitan
- Tiga beranak ditemui mati di rumah
- Mayat suami isteri terpisah kepala dari badan, ada anggota dipotong untuk…
- ‘Saya sepatutnya ambil dia untuk pergi kenduri hari ini’
- ‘Terkejut Paklong dan Maklong dah tak ada’ – Anak saudara mangsa bunuh
- Jenazah anak lelaki dituntut keluarga, jenazah suami isteri masih di HSB
© New Straits Times Press (M) Bhd






