Jenazah suami isteri maut kemalangan selamat dikebumikan

Jenazah suami isteri maut kemalangan selamat dikebumikan


am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan dengan bas ekspres di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, di sini, kelmarin selamat dikebumikan, hari ini.

Pengebumian jenazah Mohamad Faris Kamaludin, 24, dan Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, di sini, kira-kira jam 10 pagi

Terdahulu, jenazah tiba dari Kuala Krai, Kelantan di Surau Darul Akhirah Rumah Pangsa Awam Larkin, di sini, sebelum disolatkan.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai sepanjang proses pengebumian.

Kemalangan jam 11.30 pagi kelmarin itu turut mengorbankan ibu Nur Atikah Najihah iaitu Nurul Ain Abdul Rahim, 39.

Jenazah Nurul Ain pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu Merah, Melor, Kelantan kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Tragedi berlaku ketiga-tiga mangsa sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk ke majlis akad nikah adik Nurul Ain, Muhd Syafiq, 24, di Besut, Terengganu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top