olivia@nst.com.my
Kota Kinabalu: Jenazah Zara Qairina Mahathir tiba di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 10.30 malam tadi.
Jasad remaja berusia 13 tahun itu yang kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Mesapol, Sipitang digali semula petang tadi, dibawa menguunakan trak polis terus ke bahagian radiologi hospital.
Ibu Allahyarham Noraidah Lamat, 45, yang mengenakan pelitup muka setia ‘menemani’ anaknya dari Sipitang ke sini.
Peguam Noraidah, Hamid Ismail berkata, setakat malam ini, pihak hospital akan menjalankan imbasan Tomografi Berkomputer ke atas jasad Zara, manakala bedah siasat hanya akan dijalankan pada 9 pagi esok.
“Saya telah bertanya pakar patologi Dr Jessie Hiu mengenai berapa lama masa yang diperlukan untuk melakukan bedah siasat, namun jawabnya tidak pasti berapa lama.
“Jika boleh selesai esok dan jenazah akan dikembalikan untuk disemadi serta-merta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan HQE.
Terdahulu semasa penggalian, Hamid berkata, Noraidah tenang apabila melihat jenazah anak perempuannya.
Sejak 7 malam pasukan perubatan dan keselamatan dilihat berkawal di pintu masuk utama jabatan itu, malah terdapat ratusan orang yang menanti di pekarangan hospital.
Antaranya, Farah Harris, 25, dari Kepayan yang memaklumkan dia sebak apabila melihat kenderaan membawa jenazah Zara memasuki hospital.
“Saya tidak dapat tahan sebak. Saya risau kejadian sama boleh berlaku ke atas anak perempuan saya.
“Jadi saya hadir di sini sejak 7 malam, sebagai tanda sokongan saya kepada keluarga Zara, semoga keadilan dapat ditegakkan,” katanya.
Penggalian semula kubur Zara Qairina dilakukan berikutan arahan Jabatan Peguam Negara semalam bagi membolehkan bedah siasat dilaksana dan siasatan lanjut untuk memastikan semua aspek kes diteliti.
- <a
href=”https://www.hmetro.com.my/utama/2025/08/1250406/kronologi-kes-zara-qairina”>Kronologi kes Zara Qairina
- Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik – Imam masjid
- Mahkamah Majistret Sipitang keluarkan perintah penggalian semula kubur Zara
- “Biarlah proses ini dipermudahkan, arwah dapat pengadilan” – Datuk Zara Qairina
- Kes Zara Qairina: “Saya tiada anak bernama Farisha” – Mohd Arifin
- Ibu pelajar KV Lahad Datu yang dibunuh doa keadilan untuk Zara
- PM beri jaminan siasatan kes Zara Qairina telus, tanpa tolak ansur
- Jangan jadi hakim kes kematian Zara Qairina – Fahmi
- Ribuan hadir aksi vigil, tuntut keadilan Zara Qairina
- Jabatan Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
© New Straits Times Press (M) Bhd