Jentera serangan SMK Tinggi Kajang tekad gempur habis SMK Jalan Tiga

Jentera serangan SMK Tinggi Kajang tekad gempur habis SMK Jalan Tiga


Pasukan B-15 SMK Tinggi Kajang akan berdepan SMK Jalan Tiga di pentas separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024.

JENTERA serangan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang dicabar meningkatkan ketajaman penyudah apabila berdepan SMK Jalan Tiga dalam aksi separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) tahun pada Selasa.

Itu penilaian pengendali skuad B-15 SMK Tinggi Kajang, Mohamad Hafizudin Sulaiman selepas anak buahnya mara ke kelompok empat terbaik dengan menjinakkan cabaran pasukan SMK USJ 23, 1-0 di suku akhir.

“SMK Jalan Tiga, sebuah pasukan yang memiliki bahagian pertahanan baik ketika bertahan sepanjang kempen Piala Datuk Mokhtar Dahari.

“Satu cabaran kepada pemain-pemain SMK Tinggi Kajang apabila berdepan pasukan lawan yang memiliki pertahanan yang bagus.

“Insya-ALLAH, pemain-pemain SMK Tinggi Kajang akan memanfaatkan berbaki masa dalam sesi latihan dalam misi melakar kemenangan untuk ke perlawanan akhir,” katanya.

Mengulas kemenangan tipis ke atas SMK USJ 23, Mohamad Hafizudin berkata: “ Alhamdulillah, syukur kemenangan yang sangat bermakna kepada pasukan SMK Tinggi Kajang apabila dapat melangkah ke separuh akhir.

“Sejujurnya, momen sebegini sudah lama kami idamkan yang berjaya direalisasikan hasil komitmen barisan kejurulatihan serta disiplin tinggi dalam kalangan pemain-pemain.

“Kemenangan pula diraih ke atas pasukan lawan yang cukup terkenal dengan disiplin tinggi bahagian pertahanan sejak dari mula kempen.”

Sebagai rekod, pencapaian terbaik SMK Tinggi Kajang dalam saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 adalah tempat ketiga edisi 2018.

Kejohanan pembangunan B-15 edisi 2024 dibarakan dengan penajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.

Piala Datuk Mokhtar Dahari (Bawah 15 Tahun)

Separuh akhir satu (10 Disember)

SMK Shah Alam lwn SMK Bukit Kapar

(Padang A Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, 3 petang)

Separuh akhir 2

SMK Tinggi Kajang lwn SMK Jalan Tiga

(Padang B Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, 3 petang)



Source link

OR

Scroll to Top