Malaga: Jerman, juara Piala Davis tiga kali, mara ke separuh akhir selepas menewaskan Kanada 2-0 dalam perlawanan suku akhir.
Jan Lennard Struff bangkit menewaskan Denis Shapovalov 4-6, 7-5, 7-6 (7/5), sekali gus membalas kekalahan Jerman di tangan Kanada pada suku akhir 2022, di mana Kanada akhirnya muncul juara.
Dalam perlawanan pembukaan perseorangan, Daniel Altmaier mengatasi Gabriel Diallo dengan kemenangan straight sets 7-6 (7/5), 6-4 untuk memberikan Jerman kelebihan awal dalam pertembungan itu.
Jerman, yang kali terakhir memenangi Piala Davis pada tahun 1993, akan berdepan Belanda di separuh akhir selepas Belanda menewaskan Sepanyol, perlawanan yang juga menjadi detik penutup karier 23 tahun Rafael Nadal.
© New Straits Times Press (M) Bhd