Jimmy–Pei Jing mara final Terbuka Macau

Jimmy–Pei Jing mara final Terbuka Macau


Jimmy–Pei Jing meneruskan momentum positif di Terbuka Macau. Foto Agensi

BEREGU campuran negara, Jimmy Wong – Lai Pei Jing meneruskan kecemerlangan apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau Super 300 pada Sabtu.

Separuh akhir yang berlangsung di Macau East Asian Games Dome, Cotai, menyaksikan Jimmy-Pei Jing mengambil masa 43 minit menyingkirkan pilihan ketiga dari Indonesia, Amri Syahnawi – Nita Violina Marwah, straight set 21-18, 21-16.

Sebelum ini Jimmy-Pei Jing mara selepas mengambil masa satu jam untuk mengejutkan pilihan kedua kejohanan dari China, Cheng Xing – Zhang Chi, 21-12, 17-21, 21-18.

Di pentas final, Jimmy- Pei Jing akan berdepan pemenang satu lagi pemenang perlawanan separuh akhir antara pilihan utama dari Malaysia, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei menentang pasangan Denmark, Mathias Christiansen – Alexandra Bøje.



Source link

OR

Scroll to Top