JKM cari waris bayi ditinggalkan Oktober lalu

JKM cari waris bayi ditinggalkan Oktober lalu



am@hmetro.com.my

Pendang: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pendang giat mengesan ibu bapa, waris atau pihak bertanggungjawab kepada bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah gerai nasi lemak Kampung Rambai, Jalan Tokai, Pendang, 8 Oktober lalu.

JKM dalam kenyataannya berkata, sebelum itu, pihak jabatan telah menerima maklumat berhubung penemuan bayi terbabit melalui siaran media dan akhbar.

Ketika ditemui, bayi itu lengkap dengan tali pusat dan tiada sebarang dokumen ditemui bersamanya.

“Laporan polis berhubung penemuan bayi lelaki itu sudah dibuat individu yang menemuinya.

“Menurut polis, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini pelaku masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Kini, bayi itu sudah mendapat perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 di institusi JKM bagi membolehkan Pegawai Pelindung membuat siasatan lanjut dan perancangan masa depan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk menghubungi Pegawai Pelindung JKM Daerah Pendang di talian 04-7596235 jika mempunyai maklumat mengenai bayi terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top