“JN Sibuk Nak Nampak Paling Betul” – Baby Shima

“JN Sibuk Nak Nampak Paling Betul” – Baby Shima


Ketika isu melibatkan pelakon dan pengacara Janna Nick dengan pelakon remaja Puteri Balqis hangat diperkatakan, muncul pula satu perkongsian daripada artis lain yang mencuri perhatian.

Kali ini, penyanyi Baby Shima menerusi Threads memuat naik luahan yang mengimbau pengalaman pernah berdepan situasi kurang menyenangkan dengan seseorang berinisial ‘JN’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

“JN sibuk nak nampak paling betul pasal isu Aqish. Sama seperti dulu, sibuk bercakap pasal kita. Padahal, kita baik saja dengan dia,” tulisnya.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk komen bersifat gurauan dan sindiran. Ramai juga dilihat menekan tanda suka, sekali gus membuatkan hantaran berkenaan terus tular.

Untuk rekod, pada Oktober 2023, media pernah melaporkan mengenai tindakan Janna Nick yang meninggalkan komen di Instagram Baby Shima selepas penyanyi tersebut berkongsi video menggunakan filter ‘I Stand With Israel’.

ARTIKEL BERKAITAN: “This Is Not A Joke!” – Muat Naik Bendera Israel, Janna Nick ‘Sound’ Baby Shima

“Stop buat content macam ini. Ia bukan satu gurauan. Terima kasih,” tulis Janna.

Namun, menerusi hantaran penuh video tersebut, Baby Shima dilihat menumbuk dan memijak bendera Israel sebagai simbol protes terhadap rejim Zionis.



Source link

OR

Scroll to Top