Jodoh Hendrawan bersama BAM berakhir

Jodoh Hendrawan bersama BAM berakhir


JURULATIH perseorangan negara, Hendrawan, dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpisah selepas 14 tahun berikutan kontraknya tidak disambung.

Pelatih dari Indonesia itu mula bersama badan induk kebangsaan sejak 2009 termasuk berkesempatan membimbing legenda dunia, Datuk Lee Chong Wei.

BAM difahamkan sedang meneliti empat calon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hendrawan.

Selain itu, BAM dalam sidang media yang sedang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABAM), Bukit Kiara, menjelaskan antara kriteria bagi jurulatih beregu wanita yang ditetapkan pula ialah membentuk gandingan baru. — Stadium Astro

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top