‘Jodoh’ Rahsia Allah, Amira Othman Dah Lali Diasak! Serah Semua Pada Allah, Dedah Perancangan Masa Terdekat.. – Hijabista

‘Jodoh’ Rahsia Allah, Amira Othman Dah Lali Diasak! Serah Semua Pada Allah, Dedah Perancangan Masa Terdekat.. – Hijabista

Penyanyi Amira Othman tidak ketinggalan ditanya ramai peminat bila akan menamatkan zaman bujang terutamanya apabila ramai rakan-rakan baiknya kini telahpun melangkah ke alam rumahtangga, tak kurang juga yang sudah bergelar ibu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 29, mengakui dia masih lagi solo dan tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

‘Jodoh’ Rahsia Allah, Amira Othman Dah Lali Diasak! Serah Semua Pada Allah, Dedah Perancangan Masa Terdekat..

Ketika ditemui HIJABISTA, Amira menjelaskan sudah menjadi satu kebiasaan bagi dirinya, apabila setiap kali ada rakan-rakan yang berkahwin, pasti dirinya tidak terkecuali diasak soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.

Artikel berkaitan: Walaupun Berhijab, Amira Othman Tetap Pentingkan Fesyen. Yang Penting Elegan & Sopan!

“Penuh DM (Direct Message) saya, anda ucap dan doa macam-macam yang baik untuk saya. Terima kasih di atas doa yang baik-baik.

“Jodoh ni kan macam rezeki juga ajal, tiada siapa tahu. Cukuplah saya memberi jawapan saya memang tidak ada rancangan lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

“Ramai ingat saya berahsia, tapi saya tidak menyembunyikan apa-apa tapi inilah jawapan jujur daripada saya. Anda doalah yang baik-baik ya,” tulis Amira.

Malah, ucapan Amira yang menitipkan doa ketika perkahwinan sahabat karibnya Wany yang bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 yang lalu, telah menarik perhatian warganet.

‘Jodoh’ Rahsia Allah, Amira Othman Dah Lali Diasak! Serah Semua Pada Allah, Dedah Perancangan Masa Terdekat..‘Jodoh’ Rahsia Allah, Amira Othman Dah Lali Diasak! Serah Semua Pada Allah, Dedah Perancangan Masa Terdekat..

“Untuk sahabat saya yang cantik, Wany Hasrita tahniah tau! Semoga kau berbahagia sampai syurga.

“Anak yang baik Wany ni, kawan yang baik, pergi haji sama-sama, pergi umrah sama, semua sama-sama… kahwin je tak sama-sama.

“Adib jaga Wany baik-baik okay? Sayang sangat,” tulis Amira lagi.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan

Artikel berkaitan: “Dah Lama Nak Nyanyi Lagu ‘Air Tangan’ Faizal”- Teruja Duet Bersama, Impian Amira Jadi Realiti!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber Instagram: Amira Othman

OR

Scroll to Top