September 8, 2024

John Cena umum bersara gusti

John Cena umum bersara gusti


PENGGUSTI profesional dan juga pelakon Hollywood, John Cena mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada gusti tahun depan, selepas dua dekad terlibat dalam gelanggang.

Cena menyampaikan ucapan kepada peminat WWE di sebuah stadium di Toronto, Kanada sebagai membalas dengan ejekan atas kekecewaan mereka terhadapnya prestasi hambarnya sejak kebelakangan ini.

Beliau berjanji untuk membuat jelajah perpisahan itu dengan beberapa tarikh dan pertarungan terakhirnya selain juga memberi jaminan kepada peminatnya bahawa dia akan terus terlibat dengan francais gusti itu.

Dalam sidang media sejurus acara tersebut, Cena memberitahu wartawan bahawa keadaan fizikalnya ‘berada di tahap penghujung’, namun ia tidak bermakna dia akan menjauhkan diri daripada sukan yang diminatinya.

Cena merupakan juara WWE sebanyak 16 kali, yang mula aktif pada awal 2000-an.

Selain bergusti, beliau pernah beberapa watak popular di dalam filem Hollywood seperti Blockers dan The Suicide Squad.

Dia juga membuat beberapa penampilan dalam francais Fast & Furious dan baru-baru ini muncul dalam filem ‘thriller’ komedi Argylle dan Barbie. – Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top