Jojo kembali ke gelanggang berdepan petarung Maghribi

Jojo kembali ke gelanggang berdepan petarung Maghribi


Jojo (kiri) akan membuat perhitungan dengan Zakaria dalam kategori flyweight One Championship di Bangkok pada September. Foto FB One Championship.

JAGUH muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar bakal kembali ke gelanggang dalam saingan One Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada September depan.

Perkembangan tersebut dikongsi laman rasmi One Championship menerusi sekeping poster yang dimuat naik pada malam Selasa.

Johan yang mesra disapa Jojo bakal membuat perhitungan dengan wakil Maghribi, Zakaria El Jamari dalam kategori flyweight pada 5 September depan.

Pertarungan tersebut bakal menjadi pentas buat atlet berusia 19 tahun itu untuk mengubat kekecewaan selepas tumpas empat saingan terdahulu.

Atlet kelahiran Sarawak itu sudah pasti mahu memahat semula kejayaan selepas kalah di tangan Johan Estupinan Januari lalu dan Diego Paez pada Jun lepas menerusi keputusan juri.

Sebagai rekod, Jojo sudah melalui 10 pertarungan One Championship dengan rekod enam kemenangan dan empat kekalahan.

Zakaria pernah tewas di tangan seorang lagi petarung negara, Aliff Rakib dengan keputusan knock out (KO) pada Ogos 2024.



Source link

OR

Scroll to Top