Jojo tewas kepada Ramadan

Jojo tewas kepada Ramadan

Jojo tewas kepada Ramadan


MUHAMMAD Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur dengan keputusan juri apabila tewas kepada Ramadan Ondash dalam pertarungan tiga pusingan pada aksi ONE Championship: The Inner Circle 24 di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.

Pertarungan antara dua prospek muda berusia 19 tahun itu berlangsung sengit apabila kedua-dua petarung mempamerkan aksi agresif sepanjang tiga pusingan, namun panel juri akhirnya memihak kepada Ramadan.

Kekalahan itu menyaksikan Johan gagal mengekalkan momentum selepas sebelum ini mencatat kemenangan ke atas Ye Yint Naung dan Zakaria El Jamari.

Petarung kelahiran Malaysia itu turun dengan misi kebangkitan selepas tewas kepada Shimon Yoshinari menerusi keputusan juri dalam aksi ONE Samurai 1 di Tokyo, April lalu.

Sebelum pertarungan, Johan menjangkakan aspek mental akan menjadi faktor penting apabila berdepan Ramadan, selain percaya pengalaman beraksi di pentas ONE Championship mampu membantunya menghadapi tekanan.

Bagaimanapun, Ramadan tampil dengan persembahan lebih kemas untuk mengesahkan kemenangan secara split decision dalam pertemuan sengit antara dua bakat muda ONE Championship itu.



Source link

OR

Scroll to Top