Jonathan enggan letak sasaran tinggi Kejohanan Olahraga Super Series

Jonathan enggan letak sasaran tinggi Kejohanan Olahraga Super Series


JUARA bertahan, Jonathan Nyepa enggan meletakkan sasaran tinggi dalam acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Super Series di Stadium Merdeka pada Sabtu.

Sebaliknya pelari pecut berusia 29 tahun itu mahu menjadikan siri pertama tersebut sebagai penanda aras tahap keupayaannya sebelum fokus kepada saingan akan datang.

“Tidak mahu terlalu memikirkan kejohanan pertama ini kerana saya mahu lihat bagaimana keadaan ketika ini. Selepas itu baru lihat dan rancang bagaimana kejohanan seterusnya nanti,” katanya.

Acara riben biru tersebut dijadualkan bermula pada jam 5.55 petang Sabtu.

Jonathan turut meluahkan keterujaan untuk beraksi buat kali pertama di stadium bersejarah tersebut dan ia adalah satu perkara yang dinantikannya sejak sekian lama.

“Stadium Merdeka ini pertama kali saya beraksi, tidak tahu bagaimana keadaan trek. Bagi sesi uji trek dan panas badan belum tahu lagi, cuma bersedia dengan apa-apa yang akan berlaku,” katanya.

Sebagai rekod atlet dari Sarawak itu mengungguli acara tersebut selepas mengatasi cabaran Khairul Hafiz Jantan dalam saingan Super Series Final 2024 di Stadium Petra Jaya Kuching pada November tahun lalu.



Source link

OR

Scroll to Top