Jordan benam Palestin 3-1

Jordan benam Palestin 3-1


KUALA LUMPUR:Jordan mencatat kemenangan sulung pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menundukkan Palestin 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Jordan yang merupakan naib juara Piala Asia 2023, mempamerkan kebangkitan cemerlang selepas seri 1-1 dengan Kuwait pada aksi pertama, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan.

Palestin, yang sebelum ini mencuri satu mata selepas mengikat pasukan ketiga Asia, Korea Selatan 0-0, gagal mengulangi prestasi tersebut walaupun beraksi di gelanggang sendiri.

Pada perlawanan tersebut, Jordan tidak menunggu lama untuk membuka jaringan seawal minit kelima menerusi gerakan lincah Yazan Al-Naimat yang berjaya memperdaya dua pertahanan Palestin sebelum merembat bola masuk ke gawang Baraa Kharoub.

Jordan terus menguasai perlawanan dan memaksa Palestin bertahan, namun Palestin berjaya menafikan beberapa percubaan lawan sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-40 hasil tandukan Wessam Abouli selepas menerima hantaran lintang Camilio Saldana.

Naimat sekali lagi menjadi wira apabila meletakkan Jordan kembali di depan hanya lima minit selepas babak kedua bermula.

Usaha Jordan untuk menambah jaringan akhirnya berhasil pada minit ke-72 apabila Noor Al-Rawabdeh menggandakan kelebihan, menjadikan kedudukan muktamad 3-1.

Jordan kini mengutip tiga mata penting untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam saingan kumpulan B.- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top