Jorge Jesus jurulatih baharu Al Nassr

Jorge Jesus jurulatih baharu Al Nassr


Riyadh: Jurulatih Portugal, Jorge Jesus dilantik secara rasmi selaku pengendali Al Nassr, hari ini, dan akan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo yang sebelum ini menandatangani kontrak baharu selama dua tahun bersama kelab Saudi itu bulan lalu.

“Rasmi: Jorge Jesus adalah ketua jurulatih baharu Al Nassr,” tulis kelab itu di platform X.

Jesus, 70, dipecat oleh seteru utama Al Nassr, Al Hilal, pada Mei lalu susulan pasukan itu tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Asia.

Jesus memulakan tugasnya di Al Hilal sejak 2023 dan bertahan selama dua musim.

Sepanjang kerjayanya, beliau sudah mengendalikan pelbagai pasukan termasuk di negara asalnya Portugal seperti Benfica dan Sporting Lisbon, serta pernah melatih di Brazil dan Turki.

Ronaldo, 40, menandatangani kontrak baharu hingga 2027 bersama Al Nassr pada Jun lalu, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan perpindahannya ke kelab lain.

Walaupun Ronaldo menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak Liga Pro Saudi dengan 25 gol, dia masih belum berjaya merangkul sebarang trofi domestik mahupun antarabangsa bersama Al Nassr, yang turut tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara Asia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top