BAGI kebanyakan rakyat Malaysia, membeli-belah secara dalam talian melalui aplikasi seperti Taobao kini bukanlah sekadar aktiviti biasa, tetapi kaedah baharu bagi memenuhi keperluan harian dengan lebih mudah.
Pengguna yang dahulunya kurang mengenali Taobao, kini mula menjadikan aplikasi itu sebagai platform utama mencari pelbagai barangan menarik.
Justeru, bagi memastikan setiap pengguna di Malaysia dapat menikmati promosi hebat tanpa halangan bahasa, Taobao bakal menganjurkan Jualan 11.11 yang diterajui tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
Ketua Pengarah Taobao Malaysia, Jess Lew, berkata, pelancaran paparan aplikasi dalam Bahasa Melayu sebelum ini menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna tempatan.
“Kami mahu menjadikan Taobao lebih mesra pengguna, bermula daripada paparan harga dalam Ringgit Malaysia (RM), sokongan logistik tempatan, hinggalah kepada penghasilan lebih banyak kandungan dan promosi dalam Bahasa Melayu.
“Taobao juga komited dalam menyediakan pengalaman membeli-belah terbaik kepada semua pengguna di Malaysia,” katanya.
Festival beli-belah terbesar
Dilancarkan sejak tahun 2009, Jualan 11.11 Taobao kini diiktiraf sebagai festival beli-belah dalam talian terbesar di dunia, mengatasi populariti jualan Black Friday.
Kempen yang berlangsung bermula 20 Oktober hingga 14 November 2025 ini menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati.
Ia termasuk diskaun sehingga 15 peratus untuk semua barangan, jualan serendah RM1 bagi pengguna baharu serta baucar penghantaran percuma setiap hari.
Selain itu, pengguna juga berpeluang menikmati pelbagai penjimatan tambahan seperti rebat segera sehingga RM35, diskaun bank tempatan sehingga RM50 dan pengecualian caj transaksi sehingga RM12 setiap hari.
Melalui kod promosi khas TB1111DEAL, pengguna boleh menikmati potongan sehingga RM15 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150.
Di samping itu, sebagai platform e-dagang yang semakin mendapat kepercayaan pengguna di Malaysia, Taobao kini menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit, e-dompet dan perbankan dalam talian.
Tidak terhenti disitu, Taobao juga bakal memperluas kerjasama dengan 10 institusi kewangan tempatan seperti Affin Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional dalam masa terdekat.
Ia sekali gus membolehkan pengguna menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Kesemua harga produk juga turut dipaparkan dalam mata wang Ringgit Malaysia bagi memudahkan urusan pembelian.
Dengan jutaan pilihan barangan daripada hiasan rumah, kelengkapan gaya hidup, peralatan sukan hingga fesyen harian, Taobao memenuhi setiap cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia.
Taobao penuhi keperluan pengguna
Bersempena dengan Jualan 11.11 kali ini, Taobao Malaysia turut memperkenalkan ciri Taobao Wonderland, sebuah permainan interaktif yang membolehkan pengguna mengumpul sehingga 6,000 Super Coins kemudian menebusnya bagi mendapatkan rebat segera ketika pembayaran.
Dalam masa sama, Taobao turut memperkenalkan inisiatif ‘Kongsi dan Jana’ yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan melalui model pemasaran affiliate.
Inisiatif ini menawarkan komisen sehingga 30 peratus bagi setiap jualan serta bonus tambahan untuk rujukan pengguna baharu.
Tarik ramai pengguna setia
Kejayaan Taobao di Malaysia bukan hanya disumbangkan oleh tawaran harga dan variasi produk, tetapi juga oleh keupayaannya memahami keperluan dan tabiat pengguna tempatan.
Antara barangan yang dibeli Izyan di aplikasi Taobao.
Salah seorang pengguna setia, Izyan Haina berkata, beliau mula mengenali Taobao melalui perkongsian di media sosial serta cadangan daripada rakan terdekat.
“Saya mula mengetahui tentang Taobao melalui iklan dan rakan-rakan yang sering berkongsi kod promosi. Dari situlah saya mula mencuba, dan kini hampir semua barangan harian saya dapatkan di sini,” katanya.
Tambah Izyan, tawaran promosi seperti Jualan 11.11 menjadi antara sebab utama beliau kekal setia menggunakan aplikasi itu.
“Pilihan produk di Taobao memang luar biasa. Kebanyakan barang yang dijual lebih RM50 di kedai tempatan, boleh didapati bawah RM10 di sini,” jelasnya.
Sebagai seorang yang gemar mencari barangan unik, Izyan menganggap Taobao sebagai ‘harta karun digital’ yang penuh kejutan.
“Saya rasa Taobao bantu rakyat Malaysia temui produk yang lain daripada biasa. Setiap kali beli, rasa macam jumpa sesuatu yang baru,” katanya yang sering membeli barangan dekorasi dan alat tulis.
Selain kepelbagaian produk, Izyan turut memuji kemudahan carian imej (image search) yang menjadi ciri kegemarannya.
“Jika ternampak sesuatu yang menarik di media sosial, saya akan mengambil gambar dan memuat naik ke aplikasi. Dalam beberapa saat, keluar pelbagai pilihan serupa, memang mudah dan menjimatkan masa,” ujarnya.
Taobao permudah pengalaman beli-belah
Jess juga Berkata, maklum balas positif daripada pengguna seperti inilah yang menunjukkan bahawa usaha Taobao mendekati rakyat Malaysia semakin diterima.
“Kami mahu menjadikan Taobao sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
“Bukan sekadar platform membeli-belah, tetapi tempat untuk menjana idea, inspirasi dan pendapatan tambahan,” katanya.
Bagi pengguna yang ingin mula meneroka, aplikasi Taobao boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.
Juga, jangan lupa untuk menggunakan kod promosi TB1111DEAL bagi mendapatkan diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Taobao 11.11 Malaysia dan tawaran terkini, layari aplikasi Taobao atau ikuti Taobao Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk kemas kini harian sepanjang musim jualan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd






