Juara dunia tersungkur awal di Seluruh England

Juara dunia tersungkur awal di Seluruh England

Juara dunia tersungkur awal di Seluruh England


saifulaffendy@hmetro.com.my

Birmingham: Status juara dunia nyata bukan jaminan apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersungkur seawal pusingan pertama Kejohanan Seluruh England di Utilita Arena Birmingham, sebentar tadi.

Turun dengan reputasi besar, mereka dikejutkan pasangan ranking ke-34 dunia dari Denmark, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk dalam pertarungan sengit selama satu jam dua minit.

Gandingan negara tewas 21-18, 12-21, 25-23 dalam aksi yang menyaksikan mereka gagal memanfaatkan kelebihan pada set penentuan.

Ia adalah pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pasangan, namun Espersen-Kudsk jelas lebih tenang pada mata-mata kritikal.

Kekalahan itu sekali gus mengulangi episod pahit tahun lalu apabila Tang Jie-Ee Wei yang turun selaku pilihan kedua ketika itu turut tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Rehan Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja.

Terdahulu dua lagi wakil beregu campuran negara turut menerima nasib sama.

Pasangan profesional, Lai Pei Jing-Jimmy Wong terpaksa akur tewas straight set kepada wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzalez Chan 17-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

Sementara itu, beregu campuran kebangsaan, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut terkandas selepas tewas kepada gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 17-21, 19-21 dalam masa 41 minit.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top