Juara Olimpik dakwa digugurkan pasukan

Juara Olimpik dakwa digugurkan pasukan


Paris: Juara Olimpik basikal bukit, Tom Pidcock mendakwa dia ‘digugurkan’ daripada perlumbaan Il Lombardia yang berlangsung hari ini oleh pasukan Ineos Grenadiers.

Pelumba Britain berusia 25 tahun itu dijangka menjadi salah seorang pesaing utama untuk perlumbaan berkenaan selepas menduduki tempat kedua di belakang Tadej Pogacar dalam perlumbaan pemanas badan, Tour of Emilia.

“Hanya apabila keadaan mula bertambah baik selepas penghujung tahun yang bergelora, saya digugurkan daripada perlumbaan Lombardia.

“Saya berada dalam keadaan terbaik dan sangat menantikan perlumbaan ini. Semoga berjaya kepada rakan-rakan.

“Nampaknya musim rehat saya bermula awal. Terima kasih atas sokongan semua walaupun di saat-saat sukar,” tulis Pidcock di Instagram.

Pidcock memenangi perlumbaan klasik Amstel Gold pada April lalu, menyertai Tour de France pada bulan Julai sebelum mempertahankan pingat emas basikal bukit di Olimpik Paris.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top