Juara UEL tak layak slot automatik ke UCL

Juara UEL tak layak slot automatik ke UCL


Arsene Wenger. Foto Agensi

BEKAS pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencetuskan kontroversi apabila menggesa Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) supaya menyemak semula peraturan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL), khususnya melibatkan juara Liga Europa (UEL).

Wenger yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), tidak bersetuju dengan dasar semasa yang membenarkan juara UEL layak secara automatik ke UCL musim berikutnya.

Kenyataan tersebut hadir ketika dua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Tottenham Hotspur berpeluang mara ke final UEL– walaupun kedua-duanya berada di tangga ke-15 dan ke-16 liga domestik.

“Pasukan seperti ini sepatutnya hanya kembali ke UEL, bukan terus ke UCL, lebih-lebih lagi apabila EPL sudah pun mempunyai lima slot automatik,” ujar Wenger.

Namun beliau turut mengakui, hadiah kelayakan ke UCL itu menjadi pemangkin motivasi kepada pasukan dalam Liga Europa.

England telah pun mengesahkan lima tempat automatik ke UCL 2025/26 hasil prestasi konsisten kelab-kelabnya dalam saingan Eropah.

Sekiranya United atau Spurs memenangi UEL, England berpotensi menghantar enam wakil – sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini.

United mendahului Bilbao 3-0 secara agregat, manakala Spurs membawa bekalan 3-1 ke atas Bodo/Glimt menjelang perlawanan separuh akhir kedua UEL pada Jumaat ini.



Source link

OR

Scroll to Top