“Jujur Saya Tak Nak Kembali Ke Tahun 2016 ”- Shila Amzah Enggan Ulang Detik ‘Sengsara’ Dalam Hidup

“Jujur Saya Tak Nak Kembali Ke Tahun 2016 ”- Shila Amzah Enggan Ulang Detik ‘Sengsara’ Dalam Hidup


Penyanyi terkenal, Shila Amzah mengakui tidak mahu kembali mengulangi fasa hidupnya pada tahun 2016, yang disifatkan sebagai antara tempoh paling sukar dalam kehidupannya.

Kata Shila, ketika itu dia bukan sahaja menetap di Hong Kong tetapi terpaksa melalui kehidupan yang penuh tekanan sehingga memberi kesan besar terhadap kesejahteraan mental dan fizikalnya.

“Sejujurnya saya tak nak kembali ke waktu itu.

“2016 saya menjalani kehidupan di Hong Kong dan ia sangat sengsara,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun, tidak mudah mengaku kalah dan berputus asa,  Shila akhirnya melihat pengalaman pahit itu sebagai satu rahmat dek kerana apa yang dilalui itu menjadikan dirinya lebih kuat dan matang pada hari ini.

“Bagaimanapun 10 tahun kemudian ia adalah satu rahmat. Saya lebih sihat dari segi mental dan fizikal. I am loving where I am now.

“Tetapi, jika ada satu perkara yang boleh saya kongsikan menegnai diri saya di tahun tersebut, ‘Saya bersyukur yang saya cukup kuat untuk menjalani semua itu’,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan ‘Jangan Bergaul Dengan Orang Dari Broken Home’, Shila Amzah Tegur Stigma Negatif Netizen – “Kami Juga Layak Dicintai”

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Gopoh Atau Self Sabotage Untuk Benda Tak Baik” – Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat Buat Syada Amzah

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Bukan Beli Satu, Percuma Satu” – Shila Amzah Tegur Sikap Individu Minta Harga ‘Pakej Suami Isteri’

ARTIKEL BERKAITAN:“Berhenti Serang Adik Saya & Move On” – Shila Amzah





Source link

OR

Scroll to Top