Pelakon Che Puan Juliana Evans mengumumkan berita gembira dirinya kini hamil anak ketiga.
Menerusi perkongsian di Threads, Juliana berkata kehamilan itu sesuatu yang dinanti-nantikan.
BACA: Merendahkan Wanita, Juliana Evans Tolak Watak Penyondol

“Nampaknya, saya tidak belajar daripada pengalaman sebelum ini! Saya bergurau sahaja.
“Saya memang tahu diri ini akan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi (anak) dan tahun ini adalah waktu yang sangat sesuai,” katanya.
Dalam hantaran tersebut, Juliana turut memuat naik foto memaparkan dirinya sedang memegang bahagian perut yang sudah menampakkan ‘baby bump’.
Bagaimanapun,Juliana tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai usia kandungannya itu.
Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri.






