September 8, 2024

Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443

Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443


GAZA- Pasukan tentera Israel telah melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 61 rakyat Palestin terbunuh dan 129 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 38,443 orang, dengan 88,481 individu mengalami kecederaan.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), jet pejuang Israel melancarkan beberapa serangan udara besar-besaran yang menyasarkan kawasan berpenduduk padat  Al-Mawasi, yang merupakan tempat berlindung penduduk yang terpaksa berpindah dari seluruh Semenanjung Gaza.

Jumlah korban pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di kawasan Al-Mawasi meningkat dengan mendadak, dengan lebih daripada 71 orang disahkan terbunuh dan lebih 289 cedera, termasuk ramai yang dalam keadaan kritikal.

Pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat membantu banyak mangsa dan mengeluarkan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau berselerak di jalan raya  di seluruh kawasan konflik, kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan pasukan ambulans dan pertahanan awam.

— BERNAMA-WAFA



Source link

OR

Scroll to Top