Perjalanan Jun Hao di Singapura tersekat di peringkat suku akhir. Foto Agensi.
MISI pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk pergi jauh dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tidak kesampaian setelah tersekat di peringkat suku akhir sebentar tadi.
Ia selepas pemain berkedudukan ke-25 dunia itu tumpas di tangan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam saingan lapan kelompok terbaik kejohanan berstatus Super 750 tersebut.
Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura berkenaan, pemain yang berasal dari Kuala Lumpur itu bermula hambar apabila tewas set pertama 13-21.
Bagai ada yang tidak kena buat Jun Hao apabila terus gagal menyaingi pemain nombor dua dunia itu dan terpaksa akur tewas 11-21 dalam masa 47 minit permainan.
Menerusi keputusan itu menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pemain terikat 3-3.
Pujian bagaimanapun wajar diberikan kepada Jun Hao selepas sering terkandas awal sejak kejohanan Jelajah Dunia musim ini.