Jun Hao naib juara Masters Kumamoto

Jun Hao naib juara Masters Kumamoto


PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.

Jun Hao yang berada di ranking ke-31 dunia, yang dalam misi untuk meraih gelaran pertama Jelajah Dunia BWF Super 500 tidak berupaya untuk menafikan permainan kemas dipamerkan Shi Feng yang berada di ranking kesembilan dunia apabila tewas 10-21,13-21.

Namun, pencapaian dipamerkan Jun Hao harus dipuji selepas perjalanan penuh cemerlang menumpaskan beberapa pemain ternama untuk mara ke perlawanan akhir.

Dia menumpaskan semi finalis Olimpik Paris 2024 dari India, Lakshya Sen pada pusingan pertama sebelum meneruskan rentak cemerlangnya menundukkan ranking ke-11 dunia dari Jepun, Hoki Watanabe dalam aksi pusingan kedua.

Selepas itu, dia melakar kejutan mengejutkan wakil tuan rumah yang juga pemain nombor empat dunia, Kodai Naraoka di peringkat suku akhir sebelum tampil dengan permainan bergaya untuk menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di pusingan separuh akhir.

Bergelar naib juara, Jun Hao membawa pulang wang tunai sebanyak AS$15,960 (RM71,484).



Source link

OR

Scroll to Top