Jun Hao selangkah bergelar juara di Jepun

Jun Hao selangkah bergelar juara di Jepun


[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao selangkah untuk meraih gelaran pertama pada musim ini apabila mara ke pentas final Jepun Masters di Kumamoto sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih selepas pemain yang menghuni ranking ke-31 dunia itu mengejutkan Jonatan Christie dalam saingan penuh mendebarkan yang berlarutan sehingga ke set penentuan.

Dalam aksi di Gimnasium Kumamoto Perfectural tersebut, Jun Hao tewas pada set pertama 10-21 kepada pemain Indonesia itu yang berada di kedudukan keenam dunia.

Namun tiada istilah putus asa buat juara remaja Asia 2017 itu apabila bangkit pada permainan kedua 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set ketiga.

Biarpun ditentang sengit Christie, Jun Hao tenang mengawal permainan untuk mengesahkan kemenangan 22-20 dalam tempoh satu jam 16 minit permainan.

Menanti Jun Hao pada aksi akhir kejohanan berstatus Super 500 itu ialah pilihan ketujuh kejohanan dari China, Li Shi Feng yang menewaskan pemain Denmark, Victor Axelsen.

Shi Feng tampil persembahan luar biasa apabila menjinakkan cabaran Axelsen juga juara Olimpik Paris 2024, straight set, 21-16, 21-15 dalam masa 45 minit.

Jun Hao sebelum ini mengejutkan wakil tuan rumah yang juga pemain nombor empat dunia, Kodai Naraoka dalam saingan suku akhir pada Jumaat.

Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur itu turut mencipta kejutan apabila menyingkirkan semi finalis Olimpik Paris 2024 dari India, Lakshya Sen pada pusingan pertama.

Pemain ranking ke-11 dunia dari Jepun, Hoki Watanabe turut menjadi mangsa Jun Hao pada pusingan kedua.



Source link

OR

Scroll to Top