Jun Hao tewas di tangan pemain nombor satu dunia

Jun Hao tewas di tangan pemain nombor satu dunia


Jun Hao tewas di tangan pemain Thailand dalam aksi pusingan kedua Terbuka China di Changzhou pada Khamis. Foto Agensi.

BANYAK kerja rumah menanti kem perseorangan badminton negara selepas Leong Jun Hao tersingkir dalam aksi pusingan kedua Terbuka China di Changzhou sebentar tadi.

Pemain nombor 26 dunia itu tumpas di tangan pilihan utama, Kunlavut Vitidsarn dalam pertarungan straight set pada kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.

Dalam saingan set pertama, Jun Hao dilihat memberi tekanan kepada pemain dari Thailand itu apabila mendahului 19-17.

Bagaimanapun kelebihan ketika mata genting tersebut gagal dimanfaatkan pemain negara apabila Kunlavut memintas untuk memenangi saingan 23-21.

Jun Hao cuba bangkit dalam permainan kedua, namun bagai tidak menjadi apabila pemain negara jiran itu mengesahkan kemenangan 21-7 dalam masa 48 minit permainan.

Keputusan dalam aksi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik tersebut menyaksikan rekod kemenangan Kunlavut ke atas Jun Hao melebar kepada 4-3.

Bagaimanapun tiga kemenangan Jun Hao itu diraih lapan tahun lalu ketika kedua-dua pemain tersebut sedang meningkat naik pada 2018.

Keputusan itu juga memberi isyarat bahawa cabaran besar Jun Hao untuk mencari rentak terbaik dan konsisten dalam perlawanan apabila tersekat di pusingan kedua sebanyak 10 kali daripada 11 kejohanan terakhir.



Source link

OR

Scroll to Top