Jurulatih Itali suarakan sokongan terhadap Gaza

Jurulatih Itali suarakan sokongan terhadap Gaza


KETUA jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Itali, Gennaro Gattuso meluahkan rasa dukacita terhadap penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Gattuso turut menyatakan solidariti dengan orang awam dan kanak-kanak yang terpaksa mengalami pengeboman serta sekatan akibat pencerobohan berterusan Israel.

Beliau berkata, skuad Itali tidak bernasib baik apabila diundi dalam kumpulan yang sama dengan entiti Israel, dan tiada apa yang boleh dilakukan mengenai perkara itu.

Gattuso berkata demikian pada Sidang mediq pra-perlawanan menjelang aksi Itali menentang Israel pada Isnin di bandar Debrecen, Hungary, bagi saingan Kumpulan 9 pusingan kelayakan Eropah Piala Dunia FIFA 2026.

Gattuso juga berkata, bahawa beliau seorang yang cintakan keamanan dan berharap keamanan akan tercapai di seluruh dunia, sambil menegaskan bahawa apa yang berlaku di Gaza amat menyedihkannya, terutama melihat orang awam dan kanak-kanak kehilangan nyawa.

“Malangnya, Israel termasuk dalam kumpulan ini dan tiada pilihan selain turun bermain dan menyelesaikan tugasan,” katanya.

Kenyataan Gattuso yang menolak keganasan terhadap orang awam di Gaza itu mendapat pujian meluas daripada pemerhati, selain menarik perhatian media antarabangsa dan platform media sosial.

Itali kini menduduki tempat ketiga Kumpulan 9 dengan enam mata hasil tiga perlawanan, manakala Norway mendahului carta dengan 12 mata penuh selepas empat perlawanan. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top