Jurutera hilang lebih RM1.5 juta terpedaya pelaburan disaran teman wanita

Jurutera hilang lebih RM1.5 juta terpedaya pelaburan disaran teman wanita


am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Jurutera berasal dari daerah ini hilang lebih RM1.5 juta dalam sekelip mata selepas terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud yang diperkenal teman wanita.

Lelaki berusia 40 tahun yang bekerja dengan syarikat di Timur Tengah itu mendakwa berkenalan dengan wanita itu pada November lalu dan dipelawa menyertai pelaburan saham yang menawarkan beberapa pakej.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa dimaklumkan setiap pakej menawarkan keuntungan berbeza, bergantung kepada apa yang diinginkan.

“Mangsa berminat dengan salah satu pakej dan terus memuat turun aplikasi pelaburan dan melabur RM90,510, yang membolehkan dia untung RM108,611.

“Disebabkan percaya pelaburan itu mendatangkan keuntungan, mangsa telah membuat 103 transaksi pindahan wang ke dalam 31 akaun berbeza dari 2 Disember hingga 8 Mac lalu yang keseluruhannya berjumlah lebih RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah lebih RM4.1 juta melalui aplikasi tersebut, malah dia sebaliknya diminta membuat tambahan modal bagi pengeluaran berkenaan.

“Dia kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah) semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top