Juruterbang meninggal dunia dalam penerbangan ke Istanbul

Juruterbang meninggal dunia dalam penerbangan ke Istanbul


NEW YORK – Seorang juruterbang Turkish Airlines meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) ke Istanbul, Turkiye menyebabkan pesawat itu melakukan pendaratan cemas di New York.

Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, juruterbang pesawat Airbus, A350, penerbangan TK204 itu tidak sedarkan diri semasa penerbangan.

“Selepas bantuan kecemasan diberi tidak berjaya, kru penerbangan iaitu seorang lagi juruterbang dan pembantu juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas, dan beliau meninggal dunia sebelum mendarat,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, juruterbang, Ilcehin Pehlivan, 59, telah berkhidmat dengan Turkish Airlines sejak 2007 dan beliau lulus pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu yang mana tiada sebarang petunjuk menghadapi masalah kesihatan.

Bagaimanapun adalah tidak jelas berapa ramai penumpang berada dalam pesawat yang berlepas dari Seattle kira-kira jam 7 malam itu.

Pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang JFK, New York sebelum jam 6 pagi waktu tempatan. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top