Juventus sahkan kepulangan Kolo Muani secara tetap

Juventus sahkan kepulangan Kolo Muani secara tetap

Juventus sahkan kepulangan Kolo Muani secara tetap


Turin: Juventus terus memperkukuhkan jentera serangan apabila mengumumkan pembelian penyerang Perancis, Randal Kolo Muani daripada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi kontrak sehingga 2031.

Kelab Serie A itu memaklumkan mereka membayar 38 juta euro (kira-kira RM194 juta) kepada PSG, selain bonus berdasarkan prestasi yang boleh mencecah 12 juta euro (RM61 juta).

Kolo Muani, 27, kembali ke Turin selepas pernah menyarung jersi Juventus secara pinjaman selama enam bulan pada 2025.

Dalam tempoh singkat itu, dia menyerlah apabila meledak 10 gol daripada 22 penampilan selepas menyertai kelab berkenaan pada Januari 2025.

Selepas tamat tempoh pinjaman, Kolo Muani dipinjamkan pula ke Tottenham Hotspur bagi menghadapi musim 2025-26 sebelum Juventus mengambil keputusan mendapatkan khidmatnya secara tetap.

Di pentas antarabangsa, penyerang itu sudah mengumpul 32 penampilan bersama skuad Perancis dengan sembilan gol, namun tidak tersenarai dalam skuad Les Bleus ke Piala Dunia 2026 meskipun pasukan itu mara sehingga separuh akhir.

Terdahulu, Juventus turut mengumumkan pembelian pemain sayap muda Bosnia dan Herzegovina, Kerim Alajbegovic daripada Bayer Leverkusen dengan nilai perpindahan 30 juta euro (kira-kira RM153 juta), sekali gus memperlihatkan kesungguhan kelab itu memperkukuhkan skuad menjelang musim baharu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top