Kabinet baharu FAM Penggal 2025-2029

Kabinet baharu FAM Penggal 2025-2029


DATUK Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kelapan mengantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan disandang sejak 2018.

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 telah berlangsung pada Kongres Tahunan FAM Kali Ke-61 2025 di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, menyaksikan Joehari, Naib Presiden FAM bagi dua penggal sebelum ini menang tanpa bertanding untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Hamidin.

Bagi dua jawatan Timbalan Presiden pula diisi kedua-dua penyandangnya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram yang menang tanpa bertanding.

Sementara bagi pertandingan lima penjuru merebut empat jawatan Naib Presiden, menyaksikan penyandang, Datuk Seri Rosmadi Ismail telah menerima undian tertinggi dengan 17 undi, sama jumlah undi dengan muka baharu, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, diikuti seorang lagi muka baharu, Datuk Dollah Salleh dengan 16 undi dan Exco FAM sebelum ini, N Saaran dengan 13 undi.

Seorang lagi calon iaitu Exco FAM sebelum ini, Syed Yazid Syed Omar tidak terpilih selepas hanya mendapat sembilan undi, manakala dua penyandang jawatan Naib Presiden sebelum ini iaitu Firdaus Mohamed dan Datuk Posa Majais tidak bertanding kali ini.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco), dua kerusi yang dikhaskan kepada wanita kekal menjadi milik kedua-dua penyandangnya, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang mendapat 15 undi dan Datuk Suraya Yaacob dengan 10 undi, mengatasi cabaran tiga muka baharu iaitu Datuk Dr Fadilah Sarbi yang mendapat lapan undi, Mimi Afzan Afza yang mendapat tiga undi dan Nur Izwani Azman yang tidak mendapat sebarang undi.

Baki lapan kerusi bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang menampilkan seramai 14 calon bertanding dimenangi Datuk Zainal Abidin Hassan (18 undi), Hishamuddin Abdul Karim (17 undi), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (16 undi), Mohd Azizudin Mohd Shariff (16 undi), Tang Chee Hong (11 undi), Datuk Kamarudin Hj Hassan (11 undi), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (11) undi dan Datuk Dr. P Sugumaran (11 undi).

Penyandang kali ini yang berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco)ialah Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, manakala dua lagi penyandang yang turut bertanding, gagal berada dalam kalangan lapan teratas iaitu Datuk Adly Shah Ahmad Tah yang mendapat 10 undi dan Md Dali Wahid yang mendapat dua undi.

Empat lagi calon lain ialah Zulkifli Che Harun mendapat sembilan undi, Datuk Seri Afandi Hamzah (enam undi), Zamri Ibrahim (empat undi) dan Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya (dua undi).

Tiga penyandang bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) ini tidak bertanding pada pemilihan kali ini iaitu Datuk Jefferey Low Han Chau, Christopher Raj dan Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Seramai 36 perwakilan, masing-masing dua orang daripada 18 ahli gabungan FAM telah hadir pada kongres kali ini manakala dua ahli gabungan digantung iaitu Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Bagaimanapun, hanya salah seorang daripada dua perwakilan dari setiap ahli gabungan itu yang boleh mengundi pada sesi pemilihan kali ini menjadikan jumlah keseluruhan 18 orang perwakilan yang mengundi.

Sukan Sinar berkongsi senarai penuh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Penggal 2025-2029 yang diketuai Joehari.

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Penggal 2025-2029

INFOGRAFIK: UNIT KREATIF SINAR HARIAN

INFOGRAFIK: UNIT KREATIF SINAR HARIAN

PRESIDEN

Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

* Menang tanpa bertanding

TIMBALAN PRESIDEN

1. Datuk Mohd Yusoff Mahadi

2. Datuk S Sivasundram

* Menang tanpa bertanding

NAIB PRESIDEN

1. Datuk Seri Rosmadi Ismail

2. Datuk Mohd Azhar Jamaluddin

3. Datuk Dollah Salleh

4. N Saaran

EXCO

1. Datuk Zainal Abidin Hassan

2. Hishamuddin Abdul Karim

3. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

4. Mohd Azizudin Mohd Shariff

5. Tan Chee Hong

6. Datuk Kamarudin Hassan

7. Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

8. Datuk Dr P Sugumaran

EXCO (WANITA)

1. Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

2. Datuk Suraya Yaacob



Source link

OR

Scroll to Top