Kadi mesti tegas, sekalipun terhadap pemerintah

Kadi mesti tegas, sekalipun terhadap pemerintah


Foto hiasan.
– Advertisement –

Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 102)

Sultan Bayazid menjadi saksi dalam satu kes yang diadukan kepada Shamsuddin Muhammad bin Hamzah Al-Fanari iaitu kadi Al-Astaanah. Kadi itu menolak kesaksian Sultan.

Apabila Sultan bertanya kenapa kesaksiannya ditolak, kadi itu menjawab:

إنك تارك للجماعة

Engkau tidak solat berjemaah.

– Advertisement –

Sultan membina sebuah masjid di hadapan istananya. Baginda menentukan satu tempat untuknya di dalam masjid itu dan tidak meninggalkan solat berjemaah selepas itu.

Dalam peristiwa lain, satu kes diadukan kepada Muhammad bin Basyir, kadi Qurtuba (Cordova). Salah seorang yang bertelingkah dalam kes itu ialah Said Al-Khair, iaitu bapa saudara khalifah- Abdul Rahman An-Nasir. Said mengemukakan saksi. Salah seorang darinya ialah khalifah itu sendiri.

Apabila diberikan tulisan kesaksian khalifah kepada kadi, beliau menelitinya. Kemudian beliau berkata kepada wakil Said: Kesaksian ini, tidak diterima di sisiku, lalu didatangkan dengan seorang saksi yang adil.

Said pergi kepada khalifah, sambil menyindirnya supaya memecat kadi itu.

Khalifah berkata: Kadi itu seorang yang soleh. Beliau tidak kisah dengan celaan orang yang mencela apabila mahu menegakkan agama Allah. Demi Allah! Aku tidak menentangnya mengenai perkara yang beliau berhati-hati terhadapnya. Aku juga tidak mahu mengkhianati orang Islam dengan menahan tangannya.

Apabila ditanya kepada Ibn Bashir sebab beliau menolak kesaksian khalifah, beliau berkata: Tak dapat tidak dari menolak kesaksian itu. Siapa yang berani mengkritik kesaksian khalifah kalau aku menerimanya? Kalau aku tidak menolak kesaksian itu, tentu orang yang disaksikan ke atasnya akan terabai haknya. (A-Bayan al-Fasil bainal-haq wal-batil, Ali Fikri ms 218)

Menjadi kadi atau hakim di mahkamah adalah satu pekerjaan yang mulia. Pekerjaan yang mulia perlu kepada sifat-sifat yang mulia. Di antara sifat yang mulia itu ialah tegas ketika menerima apa-apa kesaksian dari mana-mana saksi, sekalipun dari pemerintah.

Dalam Islam, undang-undang mengatasi semua orang, sekalipun khalifah. Nabi telah menunjukkannya. Begitu juga para Khulafa ar-Rashidun.

Undang-undang manusia kini, jika dia yang berkuasa, dia boleh manipulasi undang-undang untuk manfaatnya dan memburukkan orang lain. Hakim berada di bawah telunjuknya. Adil atau zalim, aku tidak kisah. Apabila hilangnya taqwa, maka nafsu yang memerintah.

Kewajipan kita ialah mengembalikan balik undang-undang Islam, taqwa dan keadilan sebenar pada tempatnya. – HARAKAHDAILY 22/9/2024

Penulis ialah Pegawai Khas Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu.

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top