Kahar: Kapla High Council untuk penonton 18 tahun ke atas saja

Kahar: Kapla High Council untuk penonton 18 tahun ke atas saja



am@hmetro.com.my

Shah Alam: Walaupun bersih tanpa sebarang potongan, filem Kahar: Kapla High Council mendapat klasifikasi 18 dari Lembaga Penapis Filem (LPF).

Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan LPF yang memutuskan filem itu hanya boleh ditonton pada mereka yang berusia 18 tahun ke atas saja.

“Filem ini bersih dan tiada sebarang potongan daripada LPF selepas kami beritahu mesej filem ini untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kempen anti keganasan dan buli,” katanya.

Sementara itu, Raja Jastina juga berpuas hati dengan prestasi barisan pelakon filem berkenaan seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Fadhli Masoot, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Ayie Khairie, Thompson Goh, Khenobu dan Hasnul Rahmat.

“Saya percaya semua peminat dan pengikut setia siri Projek : High Council akan berpuas hati dengan hasil filem ini di pawagam,” katanya mengenai filem yang akan ditayangkan bermula 28 November ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top