May 20, 2024

Kajian ASICS Mengesahkan Kaitan Positif Antara Bersenam dan Kesihatan Mental Wanita, Namun Membimbangkan Kerana Lebih Separuh Daripada Wanita Di Seluruh Dunia Tidak Meneruskan atau Berhenti Bersenam Sepenuhnya


LONDON, Feb. 27, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Kajian global terbesar yang pernah dijalankan mengenai jurang senaman jantina mendedahkan:

  • Semakin banyak wanita bergerak, semakin baik mereka rasa. Wanita yang kerap bersenam adalah 52% lebih gembira, 50% lebih bertenaga, 48% lebih yakin, 67% kurang tertekan dan 80% kurang kecewa.
  • Tetapi, lebih separuh daripada wanita tidak bersenam sekerap yang mereka mahu dan terlepas peluang mendapat manfaat fizikal dan mental daripada senaman.
  • Semua wanita menghadapi pelbagai cabaran dan halangan universal untuk bersenam sepanjang hayat mereka.
  • Namun, persepsi lelaki terhadap halangan ini berbeza dengan realiti.
  • Positifnya, di seluruh dunia orang ramai kini secara aktif mengatasi halangan untuk wanita dalam sukan; ASICS menyerlahkan kisah dan ikrar mereka untuk membantu untuk Gerakkan Minda.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, ASICS mendedahkan hasil kajian terbesar yang pernah dijalankan ke atas jurang senaman jantina, mengesahkan korelasi positif antara tahap senaman wanita dan kesihatan mental mereka, dengan wanita 52% lebih gembira, 50% lebih bertenaga, 48% lebih yakin, 67% kurang tekanan dan 80% kurang berasa kecewa semasa bersenam.

Namun, penyelidikan bebas yang dijalankan ke atas lebih 25,000 orang dan diketuai oleh ahli akademik terkenal, Dr Dee Dlugonski dan Profesor Brendon Stubbs ini, secara mengejutkan mendapati bahawa lebih separuh daripada wanita di seluruh dunia tidak meneruskan atau berhenti bersenam sepenuhnya, yang memberi kesan negatif terhadap keadaan minda mereka. Sebagai tindak balas, ASICS mengiktiraf dan menguatkan impak positif individu dan organisasi akar umbi yang memecahkan halangan untuk wanita dalam sukan, bagi menyokong, memperkasa dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk bersenam.

Lebih membimbangkan, kajian global mendedahkan bahawa lebih separuh daripada wanita tidak berpuas hati dengan tahap senaman mereka. Semua wanita mengalami halangan untuk bersenam sepanjang hayat mereka, daripada tekanan masa (74%) dan keyakinan diri yang rendah (35%) kepada persekitaran yang menakutkan (44% ) atau tidak begitu berminat dalam bersukan (42%). Lebih-lebih lagi, hampir dua pertiga (61%) ibu menyatakan bahawa menjadi ibu adalah sebab utama mereka berhenti sepenuhnya daripada melakukan senaman atau bersukan, menunjukkan kesan tanggungjawab menjaga dan jangkaan masyarakat tentang peranan jantina pada tahap aktiviti wanita.

Menariknya, persepsi lelaki terhadap cabaran yang dihadapi oleh wanita berbeza dengan realiti. Hanya 34% lelaki mengakui kekurangan masa sebagai penghalang untuk wanita bersenam, meskipun tiga perempat (74%) wanita menyebut isu tersebut. Sebaliknya, lelaki berpendapat rasa tidak yakin dengan badan sendiri adalah masalah utama, dengan 58% lelaki melaporkan perkara itu penghalang utama, berbanding 36% wanita. Malah, daripada lima halangan utama untuk bersenam yang dilihat oleh lelaki, hanya satu (kos) yang sebenarnya dipaparkan dalam senarai halangan paling biasa yang dilaporkan oleh wanita, menonjolkan perbezaan antara persepsi lelaki dan realiti harian yang dirasai oleh wanita di seluruh dunia.

Walaupun begitu, penyelidikan mendapati bahawa lebih satu pertiga daripada wanita mengatakan rakan mereka adalah pengaruh senaman mereka yang paling penting, dengan menyatakan bahawa mereka lebih bermotivasi untuk bersenam disebabkan oleh wanita seperti mereka, berbanding selebriti. Apabila ditanya sebab mereka akan bersenam, secara umumnya wanita menyatakan bahawa kesihatan mental (92%) dan fizikal (96%) mereka dan bukannya kerana nilai estetika.

Ketua kajian, Dr Dee Dlugonski, Penolong Profesor di Institut Penyelidikan Perubatan Sukan, Universiti Kentucky berkata: “Kajian kami menunjukkan bahawa jurang senaman jantina merupakan cabaran yang rumit yang tidak berlaku dalam sekelip mata. Memandangkan hal itu tidak mempunyai sebab tunggal, ia tidak akan diselesaikan dengan hanya satu penyelesaian, tetapi apabila ditanya perkara yang boleh membantu, wanita menyatakan bahawa menjadikan pergerakan lebih mudah diakses, inklusif dan diiktiraf dalam semua bentuk, sambil mencabar jangkaan jantina masyarakat, akan menyokong mereka untuk lebih banyak bersenam.

“Hal ini termasuk menjadikan senaman tertumpu kepada wanita dan keperluan mereka. Daripada menyediakan penjagaan kanak-kanak dan katering untuk semua peringkat aktiviti, kepada menyesuaikan diri di tempat kerja, keseronokan, berpatutan, selamat, mesra dan bebas tanggapan. Walaupun kecil, semua penyelesaian ini boleh memberi kesan yang besar dan kajian kami menemui beribu-ribu individu dan organisasi di seluruh dunia yang sudah memacu perubahan.”

Ini termasuk individu seperti Karen Guttridge, yang sebagai seorang wanita yang lebih tua merasakan seperti tiada peluang bersenam secara tempatan, jadi beliau memutuskan untuk menubuhkan kumpulan lariannya sendiri untuk wanita berusia lebih daripada lima puluh tahun. Hanya menjangkakan seramai lima orang wanita menyertai sesi pertama, Karen terharu apabila lebih tujuh puluh orang wanita yang berfikiran sama sepertinya hadir. Menawarkan program larian untuk semua peringkat senaman dan ruang yang menarik, selamat dan bebas tanggapan untuk wanita berhubung, kumpulan itu telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan dan menyokong ramai wanita untuk bersenam dan berasa yakin untuk berbuat demikian.

ASICS mahu mengiktiraf dan meraikan kesan luar biasa individu seperti Karen merentas komuniti di seluruh dunia. Hari ini, ASICS menyoroti individu dan organisasi yang luar biasa, yang secara aktif merungkai halangan untuk wanita dalam senaman dan sukan. Selain daripada kisah mereka yang membuat perubahan, platform Gerakkan Minda ASICS mengandungi sumber, aktiviti dan petua untuk menyokong lebih ramai wanita bersenam dengan lebih kerap.

ASICS sedar terdapat lebih ramai orang dan organisasi yang membuat perubahan di seluruh dunia. Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, ASICS menjemput orang ramai untuk menghantar cerita dan pengalaman mereka, supaya boleh mencapai, menyokong dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita.

Tomoko Koda, Pegawai Eksekutif Urusan untuk ASICS mengulas: “ASICS diasaskan atas kepercayaan bahawa sukan dan senaman memberi manfaat kepada badan dan minda. Itulah sebabnya kami dipanggil ASICS: ‘Anima Sana in Corpore Sano’ atau ‘Minda yang Cerdas dalam Tubuh yang Cergas’. Walaupun kajian kami mendapati bahawa ramai wanita tidak berpuas hati dengan tahap senaman mereka, kajian ini juga mendedahkan kesan besar yang dialami oleh individu dan organisasi akar umbi dalam membantu wanita bersenam.

“Dengan melancarkan program Gerakkan Minda, kami berharap dapat memberikan platform kepada mereka yang luar biasa ini, untuk berhubung dan memberi inspirasi kepada orang lain, supaya semua orang boleh mendapatkan minda yang cerdas dalam tubuh yang cergas. Sudah tiba masanya lebih ramai wanita dan kanak-kanak perempuan menikmati manfaat fizikal dan mental yang positif daripada senaman. Sudah tiba masanya untuk perubahan. Ini masanya untuk Gerakkan Minda.”

Lawati platform Gerakkan Minda dan libatkan diri, di http://www.asics.com/us/en-us/mk/move-her-mind

Nota kepada Editor:
Kajian ini telah ditugaskan oleh ASICS dan diketuai oleh Dr Dee Dlugonski, Penolong Profesor di Institut Penyelidikan Perubatan Sukan, University of Kentucky dan Profesor Madya Brendon Stubbs dari King’s College London. Kedua-duanya adalah penyelidik terkenal dalam pergerakan dan kesejahteraan mental.

Kajian ini dijalankan dari bulan Jun – September 2023. Secara keseluruhannya, 26 kumpulan fokus di seluruh dunia dan 24,772 orang telah melengkapkan kaji selidik dalam talian dari lebih 40 buah negara, menjadikannya kajian terbesar seumpamanya. Semua kumpulan fokus diketuai oleh fasilitator bebas, termasuk ahli akademik dan pakar industri terkemuka.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fe3723d9-16dc-4cb1-ad05-6561904aa4ac


            



Source link

OR

Scroll to Top