Kak KM sebak dapat jumpa Ustazah Asma Harun – “Mukanya bersih, seolah tiada dosa..”

Kak KM sebak dapat jumpa Ustazah Asma Harun – “Mukanya bersih, seolah tiada dosa..”

Kak KM sebak dapat jumpa Ustazah Asma Harun – “Mukanya bersih, seolah tiada dosa..”


Usahawan sensasi berkongsi pengalaman berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun yang disifatkan sebagai satu detik yang menyentuh perasaan.

Menerusi video yang tular di media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata pertemuan tersebut berlaku di sebuah lapangan terbang apabila Ustazah Asma menegur dan memeluknya secara tiba-tiba, sekali gus membuatkan dirinya sebak.

Jumpa Ustazah Asma Harun

“Ustazah Asma Harun tegur dan peluk saya di lapangan terbang, saya rasa nak nangis sebab apa yang orang luar cakap pasal beliau sebenarnya banyak tak betul.
“Walaupun Ustazah Asma ada cakap pasal saya tapi itu adalah caranya namun, beliau tak akan jumpa kalau bencikan saya.
“Sebenarnya beliau sangat baik, comel..mukanya bersih seolah-olah tiada dosa,” kata Kak KM.

Artikel lain: Tular video kutuk ustazah? Netizen pertikai sikap Kak KM

Jumpa Ustazah Asma Harun

Jumpa Ustazah Asma Harun

Dalam pertemuan tersebut, Ustazah Asma mendoakan agar Kak KM diberikan hidayah dan percaya ibu kepada empat orang cahaya mata itu adalah seorang insan yang baik.

“Semoga sentiasa berada dijaga, dipelihara Allah selalu. Kita sama-sama berkumpul di syurga, diberikan petunjuk serta hidayah.
“Saya tahu Kak KM orangnya baik dalam dan luar insya-Allah. Jaga diri ya,” ujar Ustazah Asma.

Semoga Kak KM dikurniakan hidayah

Kadang-kadang dakwah bukan dengan ilmu tapi nasihat

Sumber: TikTok @Kakkmshop, sweetdaranonabeauty





Source link

OR

Scroll to Top