Usahawan sensasi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM menjadi perhatian warganet apabila bertanyakan soalan kepada pelawak Rahim Sepahtu.
Jual maruah
Screenshot
Menerusi perkongsian di Facebook, memperlihatkan Kak KM bertanya kepada pelawak itu mengenai produk apa yang dijualnya sepanjang berada di Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026.
“Abang jual apa?” tanya Kak KM.
Bagaimanapun, jawapan bersahaja yang diberikan Rahim mengundang tawa dan ada juga yang mendakwa ia sebagai satu bentuk sindiran kepada usahawan itu.
“Jual maruah,” seloroh Rahim.
Screenshot
Sementara itu, Rahim memaklumkan kehadirannya di festival tersebut bagi menjual biskut raya dan mengakui terpaksa berusaha lebih bagi menyara keluarga.
“Saya jual kuih raya, besar periuk besar juga keraknya,” jawabnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur mendengar jawapan yang diberikan oleh pelawak itu dan menganggap ia sebagai satu bentuk sindiran halus buat Kak KM yang sering tampil terbuka di media sosial.
Kena perli pun gelak

Pandai menyindir

Padu jawapan

Artikel lain: Anak pakaikan tudung, Netizen puji Kak KM manis tutup aurat – “Macam bidadari Syurga”
Terdahulu, Kak KM mencuri tumpuan apabila penampilannya yang sopan menerima pujian dalam kalangan warganet di media sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, memperlihatkan Kak KM sedang dipakaikan tudung oleh puteri sulungnya untuk menghadiri sebuah majlis sempena Ramadan.
Kak KM juga turut berkongsi momen menyantuni anak-anak tahfiz dan memberikan sedikit sumbangan untuk persiapan menyambut hari lebaran.
Sumber: Facebook Sweetdara Kak Km






