Kalah sangat menyakitkan – Slot

Kalah sangat menyakitkan – Slot


Slot (kanan) menyifatkan kekalahan kepada Plymouth sangat menyakitkan. Foto AFP

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot mengakui kekalahan mengejut pasukannya dalam pusingan keempat Piala FA amat pedih, namun menegaskan lawan mereka, Plymouth Argyle layak untuk menang.

Plymouth berada di tangga terbawah Liga Kejuaraan menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu 1-0 hasil sepakan penalti Ryan Hardie selepas bola terkena tangan Harvey Elliott dalam kotak penalti.

“Ia adalah permainan hebat dari Plymouth. Mereka berhak mendapat pujian untuk prestasi mereka hari ini. Hari ini juga bukan hari terbaik kami dan keputusan ini adalah hasilnya.

“Saya tidak fikir saya boleh katakan pemain saya tidak bagus kerana mereka bertarung selama 100 minit. Kedua-dua pasukan hampir tidak mencipta peluang dan kemudian permainan diputuskan melalui penalti, yang diberikan dengan sah kerana bola terkena tangan Elliot.

“Dalam perlawanan seperti ini apabila kedua-dua pasukan hampir tidak mempunyai sebarang peluang, ia terpulang kepada satu detik penting dan detik itu adalah untuk mereka.

“Seperti saya katakan, mereka layak kerana bermain sangat bagus,” katanya.

Slot membuat 10 pertukaran dan merehatkan beberapa pemain utama seperti Virgil van Dijk, Ryan Gravenberch dan Mohamed Salah dalam perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga mahu pemain mengambil pengajaran dan lebih kreatif dalam mencipta peluang dalam perlawanan akan datang.

“Ia sangat menyakitkan buat semua orang yang terlibat dengan Liverpool. Peminat, saya dan pemain. Kami semua mahu berada dalam pertandingan ini selama mungkin.

“Mereka (pemain) terus berjuang sehingga detik terakhir dan satu-satunya peluang yang kami cipta adalah dalam 10 hingga 15 minit terakhir,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top