Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Jai Faizal menitipkan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania susulan kemelut rumah tangga dilaluinya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Jai berkata Allah lebih tahu apa yang terbaik dan dia mahukan yang terbaik buat anak tirinya itu.
BACA: “Saya Akui Salah…Saya Tak Dapat Hak Sebagai Isteri Seperti Yang Sepatutnya”

“Adik Marissa, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Kalau ada peluang untuk ‘U-turn’, kembalilah. Hidup adik masih panjang, jangan sia-siakan. Abah sentiasa doakan adik dunia akhirat, walaupun bukan anak kandung, Abah mahukan yang terbaik untuk adik,” katanya.
Sementara itu, Jai turut meminta Marissa untuk menilai sama ada kehidupan yang dilaluinya itu membahagiakan atau sebaliknya.
“Perhatikan apa yang berlaku sepanjang kehidupan adik selama ini, adakah ia membahagiakan atau sebaliknya.
“Kalau ada peluang untuk bersendirian, jangan lepaskan. Di hadapan adik masih luas ruangnya, bina kehidupan, kerjaya dan capai cita-cita,” katanya.






