“Kalau Ada Rezeki, Berita Baik, Saya Akan Kongsikan” 

“Kalau Ada Rezeki, Berita Baik, Saya Akan Kongsikan” 


Penyanyi dan pelakon Amira Othman memaklumkan dia dimasukkan ke wad beberapa hari lalu adalah berpunca daripada masalah bronkitis.

Memetik HibGlam, Amira berkata spekulasi yang bertebaran adalah perkara biasa serta meminta orang ramai mendoakan dirinya dan suami, Fattah Amin.

BACA: Amira Othman Buat Kejutan Sambut Fattah Amin, Netizen Rasa Sebak

“Doakan yang baik-baik. Kalau ada rezeki, ada berita baik, sesuai pada waktunya saya akan kongsikan. Saya masuk hospital sebab bronkitis.

“Waktu itu saya sukar untuk bernafas. Kebetulan saya dan suami dijadualkan menjalani penggambaran di Korea Selatan, jadi saya ke hospital mendapatkan rawatan.

“Tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan, doktor nasihatkan saya tidak pergi. Kemudian spekulasi (hamil) timbul. Apa pun itu biasalah kan.

“Saya ini dari zaman anak dara pun ada macam-macam spekulasi muncul. Saya cuma harap doa yang baik-baik daripada kalian,” katanya.

Tambah Amira lagi, keadaannya kini semakin pulih namun masih  mengalami batuk ringan dan ini merupakan kali kedua dia mengalami masalah bronkitis.

“Alhamdulillah, sekarang sudah beransur sihat. Sebenarnya ini kali kedua saya berdepan serangan bronkitis.

“Mungkin tubuh saya agak sensitif, keluar hari-hari dan kita tak tahu keadaan sekeliling macam mana. Cuma benda pun nak jadi, reda sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pertanyaan mengenai cahaya mata mengganggu emosinya, Amira berkata ia perkara biasa buat pasangan yang sudah berkahwin.

“Benda baik kita aminkan, belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, tanya bila nak ada anak, dah ada anak pertama tanya bila nak anak kedua.

“Saya rasa itu perkara biasa. Saya tak ambil hati pun. Mudah-mudahan ucapan dan pertanyaan jadi doa, Allah makbulkan,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top