Pelakon versatile, Rita Rudaini lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu nafkah selepas perceraian.
Menurutnya, kegagalan menunaikan nafkah bukanlah perkara kecil dan tidak seharusnya dipandang remeh.
“Kalau bekas suami tu dah nak mampus, tak ada lah sakit hati kalau tak dapat nafkah kan?
“Yang mengelat tu kalau tak mahu bayar, lebih baik mampus je,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Rita turut berkongsi laporan berita mengenai saranan kerajaan terhadap golongan suami di mana mereka yang melanggar perintah nafkah boleh dipenjara.

Sebelum ini, Rita juga lantang menyuarakan isu sama sekali gus menyifatkan hal ini bukanlah perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian.
Tambahnya, kegagalan membayar nafkah seharusnya dikenakan sekatan tegas termasuk larangan untuk berkahwin lain selagi hutang nafkah tidak diselesaikan.
Malah, Rita juga mencadangkan agar pendekatan penguatkuasaan dibuat persis sistem yang diguna pakai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Lantang Sokong Saranan Kerajaan Isu Culas Bayar Nafkah – “Kalau Tak Sampai Kiamat Pun Tak Settle”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini
ARTIKEL BERKAITAN:“Kadang Yang Paling Pedih Didengar, Itulah Yang Paling Benar”- Rita Rudaini
ARTIKEL BERKAITAN:“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini






