“Kalau Bukan Penyanyi, Nak Jadi Pramugari Kelas Bisnes” 

“Kalau Bukan Penyanyi, Nak Jadi Pramugari Kelas Bisnes” 


Penyanyi Ernie Zakrie berkata sekiranya dia bukan seorang penynayi dia menyimpan impian untuk bergelar pramugari.

Memetik HibGlam, Ernie berkata dia melihat kerjaya tersebut sesuai dengan karakternya yang pandai melayan tetamu.

BACA: Ernie Zakri Sokong Gerakan Boikot Jofliam

Tambah Ernie lagi, sekiranya bukan sebagai pramugari dia tetap akan berada dalam industri seni cuma di belakang tabir kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik.

“Kalau saya bukan seorang penyanyi atau guru vokal, kerjaya paling sesuai adalah pramugari. Saya memang suka jadi pramugari tetapi nak bertugas di penerbangan kelas bisnes sahaja.

“Saya pandai melayan tetamu, encik mahu kopi? Peminat pun tahu saya memang bercita-cita jadi pramugari tak boleh bayangkan buat kerja lain selain penyanyi sebab sudah didedahkan dengan dunia seni sejak kecil.

“Saya tak pandai buat benda lain selain daripada menyanyi sahaja. Kalau tak jadi penyanyi dan guru vokal mungkin lakukan kerja di belakang tabir.

“Saya akan lakukan apa sahaja kerja berkaitan muzik sebab memang dekat di hati cuma kalau nak jauh sikit, pramugari,” ,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top