“Kalau Dengar Orang Berpisah, Terus Menjerit ‘Padan Muka’” – Anju

“Kalau Dengar Orang Berpisah, Terus Menjerit ‘Padan Muka’” – Anju


Pelakon Zarina Anjoulie berkongsikan satu video mendedahkan dia merupakan peminat pempengaruh media sosial, Ameera Khan.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju kesal dengan sikap sesetengah pihak yang gembira apabila mendengar berita orang lain berdepan masalah dalam hubungan cinta sehingga ada yang mengatakan ‘padan muka’.

BACA: Padam Gambar, Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Cinta?

Malah, Anju turut menegur sikap segelintir individu yang suka berdoa, ketawakan atau gembira melihat kesedihan orang lain seolah tiada kerja lain untuk dilakukan.

“Anda mungkin sudah tahu saya adalah seorang peminat Ameera.Bagaimanapun, saya tidak pasti, tetapi ada khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah berpisah dengan teman lelakinya. 

“Jadi semua orang mula bercakap ‘Oh, padan muka!’ dan ketawa, seolah-olah memang tunggu masa untuk gelakkan orang.

“Janganlah berlagak seperti kamu semua tak pernah rasa sedih bila berpisah. Kamu semua pun pernah bercakap tentang lelaki, bukan?

“Itulah masalah dengan segelintir netizen Malaysia, suka berdoa atau bergembira atas kesedihan orang lain. Sebab apa? Sebab tak ada kerja lain yang lebih baik nak dibuat,”katanya.

Sementara itu, Anju turut merasa hairan mengapa ada individu suka melihat kejatuhan orang lain serta mengingatkan netizen untuk tidak bercakap buruk mengenai Ameera sebaliknya mendoakan yang baik-baik.

“Saya tak faham kenapa ada orang yang suka melihat orang lain jatuh. Kalau dengar orang berpisah, terus menjerit ‘padan muka’, ‘memang tunggu masa nak gelakkan’. Tak baik macam itu.

“Tolonglah, jangan kacau ‘baby’ saya. Saya suka dia, dia sangat comel. Kalau betul ada hati yang baik, doakan saja yang baik-baik untuk mereka,” katanya.

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top