Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya memberikan peringatan kepada golongan wanita yang sedang mencari pasangan hidup.
Difahamkan, Fedtri meninggalkan komen dalam satu hantaran seorang individu yang meluahkan kesukaran bertemu lelaki yang menjaga solat.
BACA: Fedtri Yahya Kemalangan, Selamat Jalani Pembedahan

Menurut Fedtri, seandainya bertemu dengan lelaki sedemikian mereka bukan calon suami yang sesuai sebaliknya calon ujian buat individu berkenaan.
“Kalau jumpa lelaki yang pandai bercinta tapi tidak pernah ‘minta izin’ (solat) Tuhan lima kali sehari, itu bukan calon suami, itu calon ujian,” tulisnya.
Perkongsian Fedtri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan pengacara berkenaan dan ada yang turut mengatakan mereka berdepan pengalaman yang sama.






