“Kalau Kesian Dekat Anak, Cerai Jalan Terbaik Keluar Dari Hubungan Toksik” 

“Kalau Kesian Dekat Anak, Cerai Jalan Terbaik Keluar Dari Hubungan Toksik” 


Pelakon Rita Rudaini memberikan nasihat berdasarkan pengalaman kisannya buat wanita yang terperangkap dalam kemelut rumah tangga.

Memetik mStar Online, Rita berpendapat anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk terus bertahan dalam rumah tangga serta membiarkan diri diseksa sama ada secara mental mahupun fizikal.

BACA: Rita Rudaini Tegur Tindakan Tahan Sijil, Wang Ganjaran Pelajar Cemerlang SPM Kerana Tunggakan PIBG

Menurut Rita,membesarkan anak dalam persekitaran keluarga yang tidak sihat hanya akan memberi kesan negatif terhadap emosi apabila mereka dewasa.

“Kadang-kadang orang perempuan ini dia fikir sayang dan kasihan dekat anak. Tak boleh! Kalau betul kesian dekat anak, kena keluar. Kalau kita duduk dalam hubungan toksik itu, anak nampak dan mereka akan membesar dalam keadaan yang tidak elok.

“Jadi cepat-cepat keluar. Kalau sedar benda tu berlaku, cepat-cepat selamatkan diri dengan anak,” katanya.

Sementara itu, Rita berpendapat hubungan yang hanya diperjuangkan oleh sebelah pihak tidak akan membuahkan hasil.

“Takkan nak hadap lagi kan? Kalau sayang ini sepatutnya kena sama-sama. Bila seorang sahaja sayang tak jadi.

“Duduklah 10 tahun atau 15 tahun ke, kau akan mereput. Lebih baik sayang diri dulu. Bukan nak menggalakkan bercerai cuma itulah jalan terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut menitipkan nasihat kepada wanita agar tidak takut seandainya suatu hari nanti memulakan kehidupan baru sebagai ibu tunggal.

“Positifkan diri, keluar, fikir bahawa diri kita ini boleh lakukan. Jangan fikir takut nak keluar (daripada toksik rumah tangga) sebab susah nak bertahan hidup atau apa-apa sahaja,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top