“Kalau Mok Dah Tak Ada…” – Mekyun Doa Dapat Ibu Mentua Penyayang, Nak Rasa Kasih Seperti Anak Sendiri

“Kalau Mok Dah Tak Ada…” – Mekyun Doa Dapat Ibu Mentua Penyayang, Nak Rasa Kasih Seperti Anak Sendiri


Pempengaruh media sosial, Mekyun meluahkan hasrat menyentuh hati apabila mengimpikan kehadiran seorang ibu mentua yang penyayang dan mampu mengisi kekosongan sebagai seorang ibu dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 29, berkata dia tidak pernah putus berdoa agar dipertemukan dengan ibu mentua yang baik serta menerima dirinya seperti anak sendiri.

Menurutnya, jauh di sudut hati, dia sering memikirkan tentang masa depan sekiranya insan paling disayanginya sudah tiada lagi.

“Saya selalu doa supaya bakal ibu mentua nanti baik, rapat dengan saya dan layan saya macam anak sendiri.

“Kalau satu hari nanti Mok dah tak ada, ibu mentua itu yang saya harap boleh jadi tempat saya tumpang kasih, macam seorang mak juga.

“Sekurang-kurangnya saya masih boleh rasa kasih sayang seorang ibu… saya betul-betul doa dapat ibu mentua yang penuh kasih sayang,” luahnya.



Source link

OR

Scroll to Top