“Kalau Nak Bersama Mama, Lelaki Itu Kena Lebih Berjaya, Mama Boleh Rehat Goyang Kaki”

“Kalau Nak Bersama Mama, Lelaki Itu Kena Lebih Berjaya, Mama Boleh Rehat Goyang Kaki”

“Kalau Nak Bersama Mama, Lelaki Itu Kena Lebih Berjaya, Mama Boleh Rehat Goyang Kaki”


Pempengaruh media sosial, Cik B berkata jika Datuk Seri Vida bertemu calon sesuai, dia berharap ibunya tidak terburu-buru buat keputusan untuk berkahwin.

Memetik mStar Online, Cik B berkata jika ada lelaki yang ingin mendekati ibunya melalui proses perkenalan sekurangnya tiga bulan sebelum memikirkan soal kahwin.

BACA: “Cik B Bagi Lampu Hijau, Saya Pun Hairan Sebelum Ini Semua Dia Tolak” – DSV

“Saya sayang mama dan belum bersedia untuk berpisah dengannya. Kami tidur sekali, jadi kalau ada lelaki dalam hidup mama nanti, takkan saya nak tidur di tengah pula.

“Jadi saya rasa mama milik saya. Boleh berkawan atau bercinta, tetapi kenal hati budi dahulu. Kenal lebih tiga bulan, selepas itu barulah fikir perkara lain,” katanya.

Sementara itu, Cik B tidak menafikan ibunya sering menjadi perhatian ramai lelaki yang cuba mendekati dan lelaki itu perlu lebih berjaya jika mahu bersama ibunya.

“Saya rasa kalau nak bersama mama, orang itu kena lebih berjaya daripada mama supaya dia boleh berehat dan goyang kaki di rumah.

“Sebab cinta itu buta. Kadang-kadang mama tak nampak seseorang itu ‘red flag’. Bila kita cintakan seseorang, memang kita tak nampak keburukannya tetapi orang luar boleh nampak,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top