Pelakon Kamal Adli sekali lagi menegaskan menafikan dakwaan menggunakan kekerasan terhadap isterinya, Uqasha Senrose.
Menerusi temu bual Melodi, Kamal berkata sehingga kini dia tidak pernah memburukkan isterinya mahupun membuka aib kerana tidak mahu memalukan keluarga mereka.
BACA: “Tak Puas Hati Datang Jumpa Aku, Cakap Depan-Depan Sebab Kau Isteri Aku Lagi”
“Saya tak uakut sebab saya tak buat apa dekat isteri saya. Kalau tengok dari awal, isteri saya yang tak stop buka itu cerita ini, mengaibkan.
“Kalau tak puas hati datang jumpa saya, saya hidup lagi. Sebagai suami, saya tak burukkan isteri saya. Saya rasa melampau sangat ni, kalau betul ada video tunjukkan. Saya pun banyak gambar, pecah sana pecah sini, banyak,” katanya.
Sementara itu, Kamal berkata dia tahu mengenai gambar didakwa dipukul yang ditunjukkan oleh Uqasha kepada pihak media namun enggan mendedahkan kepada umum.
“Saya tahu gambar tu, tak apa benda itu ada cerita sendiri, cerita kelakar, kalau saya cerita benda tu, kelakar. Sebelum jadi benda tu, ada benda lain kena dekat saya dulu, tapi tak payah saya nak cerita kan, buat apa.
“Benda yang dia tunjuk tu kita dah selesaikan lama dah, cerita tahun lepas kita dah jumpa keluarga masing-masing dan tak melibatkan saya pukul dia pun, Demi Allah saya tak pukul dia,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya adakah masih ada rasa sayang susulan pendedahan dibuat olehnya, Kamal berkata dia tiada komen mengenai pertanyaan tersebut.
“Saya no komen, saya tengah sakit hati. Saya rasa tak logik. Saya ulang lagi sekali, apa yang lebam demi Allah saya tak pernah pukul isteri saya.
“Kalau nak cerita lebam, meh saya buka phone saya, buka baju pun boleh, saya buka baju ni saya boleh tunjuk apa benda. Saya lebih daripada itu,” katanya.






