“Kalau Rasa Dunia Ini Berat…Pulanglah” – Pesanan Abby Abadi Buat Anak-Anak Undang Sebak

“Kalau Rasa Dunia Ini Berat…Pulanglah” – Pesanan Abby Abadi Buat Anak-Anak Undang Sebak


Perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik nukilan penuh perasaan yang dititipkan buat anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby mengatakan sebagai ibu bapa doa mereka buat anak-anak tidak pernah berhenti.

BACA:Lelaki Gaji RM15k Cari Isteri Kedua, Abby Abadi Pesan Jangan Ikut Hawa Nafsu

Lebih sebak, Abby berkata sebaik sahaja kelahiran mereka dunia terus berubah dan betapa besarkan kasih sebagai ibu bapa buat anak-anak.

“Anak-Anak. Kalau satu hari nanti Mama, Abah, Papa, Mummy tak lagi mampu pegang tangan-tangan mu sekuat hari ini, ingatlah… setiap langkahmu pernah kami doakan tanpa henti.

“Sejak pertama kali mendengar tangisanmu, dunia kami berubah. Penat hilang, lelah jadi manis, air mata jadi saksi betapa besarnya cinta & kasih sayang ini pada kamu semua,” tulisnya.

Kata Abby lagi, ketika anak-anak jatuh, doa ibu bapa sentiasa mengiringi dan tidak pernah berhenti meminta agar Allah menjaga anak-anak.

Sementara itu, Abby turut menitipkan pesanan sebagai ibu bapa mereka tidak meminta anak-anak untuk menjadi yang sempurna namun cukuplah mengenang budi serta menilai kasih sayang ibu bapa.

“Hidup ini tak selalu indah. Akan ada hari kamu jatuh, kecewa, rasa sendirian… tapi percayalah, doa kami sentiasa mengiringi walau kami tak mampu lindungi kamu setiap masa, kami tak pernah berhenti meminta ALLAH jaga kamu-kamu semua.

‘Kalau satu hari nanti kamu rasa dunia ini berat…pulanglah. Pelukan kami mungkin tak mampu menyelesaikan segalanya, tapi cukup untuk buat kamu rasa “rumah” dan tempat untuk berlindung masih ada,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top